Teori dan amalan Ubat penting

Takrifan ubat-ubatan penting telah berubah dari semasa ke semasa.

Definisi asal WHO pada tahun 1977 ialah ubat-ubatan "yang paling penting, asas, amat diperlukan, dan perlu untuk keperluan penjagaan kesihatan penduduk".[6] Konsep ini disebut dalam salah satu daripada sepuluh perkara dalam Deklarasi Alma Ata 1978 mengenai penjagaan kesihatan primer.

Pada tahun 2002, takrifan ini telah ditukar kepada:

Ubat penting ialah ubat yang memenuhi keperluan penjagaan kesihatan berkeutamaan di sesebuah populasi.[7]

Takrifan ini kekal setakat edisi 2019.[1]

Pemilihan

Item dipilih sebagai ubat penting berdasarkan kebiasan penyakit yang sedang dirawat, bukti manfaat, tahap kesan sampingan dan kos berbanding pilihan lain.[8]

Nisbah kos-faedah

Keberkesanan kos adalah subjek perdebatan antara pengeluar (syarikat farmaseutikal) dan pembeli ubat (perkhidmatan kesihatan negara). Dianggarkan bahawa akses kepada ubat-ubatan penting boleh menyelamatkan 10 juta orang setahun.[9]

Rujukan

WikiPedia: Ubat penting https://web.archive.org/web/20081002110638/http://... https://www.who.int/medicines/services/essmedicine... https://web.archive.org/web/20140201194528/http://... http://apps.who.int/medicinedocs/en/d/Js4875e/5.2.... https://apps.who.int/iris/handle/10665/325771 https://apps.who.int/iris/handle/10665/325772 https://books.google.com/books?id=jM1gob3MeVYC&pg=... https://apps.who.int/iris/handle/10665/153132 https://web.archive.org/web/20040806144535/http://... https://www.who.int/trade/glossary/story025/en/